BAHAGIAN-BAHAGIAN TAFSIR
Ø Tafsir Ma’thur
(tafsir bi riwayah / tafsir bi naqli)
Ø Tafsir bi Ra’yi
(tafsir bi dirayah / tafsir bil aqli)
Ø Tafsir Sufi
Tafsir Bil Ma’thur :
Ø Merujuk kepada
al-Quran, Al-Sunnah dan pendapat para sahabat / tabiin.
Ø Penafsiran al-Quran
dengan al-Quran sendiri.
Ø Penafsiran al-Quran
berpandukan hadis sahih.
Ø Penafsiran al-Quran
dengan merujuk kepada riwayat para sahabat memandangkan mereka adalah golongan
yang paling mengetahui tentang al-Quran.
SYARAT TAFSIR MA’THUR
Ø Ilmu yang cukup
Ø Tahu sunnah nabi
saw
Ø Faham kata-kata
para sahabat dan tabiin
Ø Mampu himpun dua
nas yang berbeza
Ø Tahu asbab nuzul
Ø Tahu ayat nasakh
dan mansukh
Ø Tidak bersandar
dengan riwayat israiliyyat
Tafsir al-Quran dengan al-Quran :
Ø Ayat ringkas
ditafsir dengan jelas pada ayat lain.
Ø Contoh :
(مالك يوم الدين) الفاتحة :4
(وما أدراك ما يوم الدين. ثم ما أدراك ما
يوم الدين. يوم لا تملك نفس لنفس شيئا والأمر يومئذ لله). الانفطار 17-19
Tafsir al-Quran dengan al-Sunnah :
Ø Rasulullah saw
adalah manusia yang paling layak untuk mentafsirkan al-Quran.
Ø Contoh :
(فأما من أوتي كتابه بيمينه. فسوف يحاسب
حسابا يسيرا. وينقلب إلى أهله مسرورا).
الانشقاق 7-9
(ومَنْ نوقِشَ الحسابُ عُذِّبَ) الحديث
Tafsir al-Quran dengan Pandangan Sahabat :
Ø Para sahabat
merupakan golongan yang sentiasa bersama Rasulullah saw dan mendapat maklumat
secara langsung dari Baginda saw.
Ø Contoh :
(أولم ير الذين كفروا أن السماوات والأرض
كانتا رتقا ففتقناهما وجعلنا من الماء كل شيء حي أفلا يؤمنون). الأنبياء : 30
Ø Ibn Abbas : Langit
yang tiada hujan dan bumi yang tiada tumbuhan.
Tafsir al-Quran dengan Pandangan Tabi’in :
Ø Berbeza pendapat
bahawa pandangan tabi’in dikategirikan sebagai tafsir ma’thur.
Ø Contoh :
(واعبد ربك حتى يأتيك اليقين). الحجر :
99
Ø Mujahid, Ibn
Munzir, Ibn abi Hatim : al-yaqin : maut.
TAFSIR BI RA’YI :
Ø Ialah tafsir yang
menggunakan aqal fikiran untuk berijtihad mencari sesuatu maksud ayat al-Quran.
Ø Menggunakan ilmu
yang ada tanpa terikat dengan pandangan sahabat dan para tabi’in.
Ø Berkembang luas
pada zaman Bani ‘Abbasiah seiring dengan berkembangnya ilmu pengetahuan pada
masa itu.
Mengikut Imam Al-Zarkasyi :
Ø Dinaqalkan dari
Rasulullah saw
Ø Mengambil riwayat
yang sahih
Ø Berpegang dengan
bahasa Arab
Ø Berpegang pada makna
yang sesuai dengan bahasa Arab dan syara’.
SYARAT TAFSIR BI RA’YI
Ø Tahu bahasa arab
Ø Tahu balaghah
Ø Tahu usul fiqh
Ø Tahu ilmu qiraat
Ø Ilmu yang cukup
Ø Tahu asbab nuzul
Ø Tahu ayat nasakh
dan mansukh
Ø Kelebihan ilmu
anugerah ilahi
Imam Al-Suyuti :
Ø Ilmu yang
disebutkan tadi adalah merupakan alat yang perlu dimiliki oleh seseorang ahli
tafsir.
Ø Tanpanya, dia
terdedah kepada pengaruh hawa nafsu yang diharamkan.
Ø Contoh :
(خلق الإنسان من علق) العلق :2
Ø ‘Alaq diterjemahkan
segumpal darah beku, meskipun dalam sighah jama’, mufradnya ialah ‘alaqah.
(يوم ندعو كل أناس بإمامهم) الإسراء :
71
Ø Imam diterjemahkan
ibu-ibu, sebenarnya imam di sini ialah nabi yang menjadi pemimpin kepada
sesuatu umat itu.
TAFSIR SUFI / ISYARI
Ø Menurut ahli sufi,
setiap ayat mempunyai makna yang zahir dan batin.
Ø Yang zahir – mudah
difahami oleh aqal
Ø Yang batin –
mempunyai isyarat-isyarat tersembunyi yang hanya dapat diketahui oleh ahlinya
sahaja.
Ø Al-Zahabi : Tafsir
Isyari bermaksud menta’wilkan sesuatu ayat dengan tidak berpandukan kepada
kenyataan zahir ayat disebabkan terdapat tanda-tanda tersembunyi yang hanya
diketahui oleh ahli tasauf dan penta’wilan itu mempunyai titik persamaan dengan
maksud zahir ayat.
Ø Contoh :
(فلا تجعلوا لله أندادا وأنتم تعلمون) البقرة
: 22
Ø Andada di sini
bukan hanya merujuk kepada patung-patung berhala, syaitan atau jiwa sahaja,
akan tetapi bermaksud juga nafsu ammarah yang manusia miliki.
(إذا جاء نصر الله والفتح ...) النصر :
1-3
Ø Ibn Abbas : Tanda
hampirnya ajal Rasulullah saw.
SYARAT TAFSIR SUFI / ISYARI
Ø Tidak bercanggah
dengan makna zahir
Ø Perlu disokong
dengan bukti syara’
Ø Pentakwilan tidak
terlalu asing
Ø Tidak boleh
mendakwa pendapatnya shj yang tepat
Ø Dimulakan dengan
tafsir makna zahir dahulu
Ø Tidak bercanggah
dengan syariqt dan aqal
GHARAIB TAFSIR
Ø Tafsiran yang pelik
dan menyeleweng
Ø Dilakukan oleh
kumpulan ajaran sesat
Ø Hati-hati dengan
tafsiran yang bathil, sesat dan menyeleweng.
Ø Contoh :
(وقال الله لا تتخذوا إلهين اثنين إنما هو
إله واحد فإياي فارهبون) النحل : 51
Ø Ilahain isnain :
Abu Bakar dan Umar, Ilahun wahid : Ali
(حم . عسق) الشورى : 1-2
Ø Ha : Harbu
Mua’wiyah, Mim : Bani Marwan, ‘Ain : Bani ‘Abbasiah, Sin : Sufyaniah, Qaf :
Imam Mahdi
Ø Contoh lain :
(ولكم في القصاص حياة يا أولي الألباب لعلكم
تتقون) البقرة : 179
Ø Qisas sebagai
kisah-kisah dalam al-Quran.
(ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنا به) البقرة
: 286
Ø Sesuatu yang tidak
terdaya ialah perasaan asyiknya bercinta.
1 comments:
https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I
Web: almawaddah.info
Salam wa rahmah
Kepada;
Para akademik, para rektor universiti dan para mufti yang dimuliakan.
Tan Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan yang dimuliakan
Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam dan hukum syarak oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic" bagi tujuan kajian dan renungan.
Sila layari laman: almawaddah.info
Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
Terima kasih.
Daripada;
Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
Kuala Lumpur
Malaysia.
Post a Comment