Rukun
Islam - 5 Perkara
1. Mengucap Dua Kalimah Syhahadah
"Aku naik saksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu
pesuruhNya". Dengan syahadah kita
mengabdikan diri dengan hati dan sanubari serta pengakuan dari lidah bahawa
Tuhan yang Maha Esa itu hanyalah Allah s.w.t. sahaja dan Nabi Muhammad itu
adalah rasulNya.
2. Sembahyang 5 Waktu Sehari Semalam
Dengan menunaikan sembahyang kita
telah mengabdikan seluruh jiwa dan raga kita menyembah kepadaNya. Dimulai dengan lidah yang menyebut, tangan
yang bergerak, mata, telingan dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun
sembahyang yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
3. Berpuasa Di Bulan Ramadan
Dengan berpuasa kita telah
mengekang hawa nafsu dan segala keinginan kita terhadap makanan, minuman dan
menjauhi segala larangannya semata-mata kerana Allah. Ini secara tidak langsung akan melahirkan
rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
4. Mengeluarkan Zakat
Dengan mengeluarkan zakat kita
telah mengabdikan diri kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta
milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.
5. Mengerjakan Haji Di Baitullah
Dengan mengerjakan haji kita
telah membuktikan kepada Allah bahawa kita telah melengkapkan diri sebagai
seorang muslim yang sejati. Segala
keperitan, dugaan dan cabaran diterima dengan rela dan sabar hanya semata-mata
untuk Allah.
0 comments:
Post a Comment