Showing posts with label TAFSIR. Show all posts
Showing posts with label TAFSIR. Show all posts

20130405

PEMBAHAGIAN ILMU TAFSIR AL QURAN


BAHAGIAN-BAHAGIAN TAFSIR

Ø  Tafsir Ma’thur (tafsir bi riwayah / tafsir bi naqli)
Ø  Tafsir bi Ra’yi (tafsir bi dirayah / tafsir bil aqli)
Ø  Tafsir Sufi     
Tafsir Bil Ma’thur :
Ø  Merujuk kepada al-Quran, Al-Sunnah dan pendapat para sahabat / tabiin.
Ø  Penafsiran al-Quran dengan al-Quran sendiri.
Ø  Penafsiran al-Quran berpandukan hadis sahih.
Ø  Penafsiran al-Quran dengan merujuk kepada riwayat para sahabat memandangkan mereka adalah golongan yang paling mengetahui tentang al-Quran.

SYARAT TAFSIR MA’THUR

Ø  Ilmu yang cukup
Ø  Tahu sunnah nabi saw
Ø  Faham kata-kata para sahabat dan tabiin
Ø  Mampu himpun dua nas yang berbeza
Ø  Tahu asbab nuzul
Ø  Tahu ayat nasakh dan mansukh
Ø  Tidak bersandar dengan riwayat israiliyyat

Tafsir al-Quran dengan al-Quran :

Ø  Ayat ringkas ditafsir dengan jelas pada ayat lain.
Ø  Contoh :
(مالك يوم الدين) الفاتحة :4
(وما أدراك ما يوم الدين. ثم ما أدراك ما يوم الدين. يوم لا تملك نفس لنفس شيئا والأمر يومئذ لله). الانفطار 17-19
Tafsir al-Quran dengan al-Sunnah :
Ø  Rasulullah saw adalah manusia yang paling layak untuk mentafsirkan al-Quran.
Ø  Contoh :
(فأما من أوتي كتابه بيمينه. فسوف يحاسب حسابا يسيرا. وينقلب إلى أهله مسرورا).
الانشقاق 7-9
(ومَنْ نوقِشَ الحسابُ عُذِّبَ) الحديث

Tafsir al-Quran dengan Pandangan Sahabat :

Ø  Para sahabat merupakan golongan yang sentiasa bersama Rasulullah saw dan mendapat maklumat secara langsung dari Baginda saw.
Ø  Contoh :
(أولم ير الذين كفروا أن السماوات والأرض كانتا رتقا ففتقناهما وجعلنا من الماء كل شيء حي أفلا يؤمنون). الأنبياء : 30
Ø  Ibn Abbas : Langit yang tiada hujan dan bumi yang tiada tumbuhan.
Tafsir al-Quran dengan Pandangan  Tabi’in :
Ø  Berbeza pendapat bahawa pandangan tabi’in dikategirikan sebagai tafsir ma’thur.
Ø  Contoh :
(واعبد ربك حتى يأتيك اليقين). الحجر : 99
Ø  Mujahid, Ibn Munzir, Ibn abi Hatim : al-yaqin : maut.

TAFSIR BI RA’YI :

Ø  Ialah tafsir yang menggunakan aqal fikiran untuk berijtihad mencari sesuatu maksud ayat al-Quran.
Ø  Menggunakan ilmu yang ada tanpa terikat dengan pandangan sahabat dan para tabi’in.
Ø  Berkembang luas pada zaman Bani ‘Abbasiah seiring dengan berkembangnya ilmu pengetahuan pada masa itu.

Mengikut Imam Al-Zarkasyi :
Ø  Dinaqalkan dari Rasulullah saw
Ø  Mengambil riwayat yang sahih
Ø  Berpegang dengan bahasa Arab
Ø  Berpegang pada makna yang sesuai dengan bahasa Arab dan syara’.

SYARAT TAFSIR BI RA’YI

Ø  Tahu bahasa arab
Ø  Tahu balaghah
Ø  Tahu usul fiqh
Ø  Tahu ilmu qiraat
Ø  Ilmu yang cukup
Ø  Tahu asbab nuzul
Ø  Tahu ayat nasakh dan mansukh
Ø  Kelebihan ilmu anugerah ilahi

Imam Al-Suyuti :

Ø  Ilmu yang disebutkan tadi adalah merupakan alat yang perlu dimiliki oleh seseorang ahli tafsir.
Ø  Tanpanya, dia terdedah kepada pengaruh hawa nafsu yang diharamkan.
Ø  Contoh :
(خلق الإنسان من علق) العلق :2
Ø  ‘Alaq diterjemahkan segumpal darah beku, meskipun dalam sighah jama’, mufradnya ialah ‘alaqah.
(يوم ندعو كل أناس بإمامهم) الإسراء : 71
Ø  Imam diterjemahkan ibu-ibu, sebenarnya imam di sini ialah nabi yang menjadi pemimpin kepada sesuatu umat itu.

TAFSIR SUFI / ISYARI

Ø  Menurut ahli sufi, setiap ayat mempunyai makna yang zahir dan batin.
Ø  Yang zahir – mudah difahami oleh aqal
Ø  Yang batin – mempunyai isyarat-isyarat tersembunyi yang hanya dapat diketahui oleh ahlinya sahaja.
Ø  Al-Zahabi : Tafsir Isyari bermaksud menta’wilkan sesuatu ayat dengan tidak berpandukan kepada kenyataan zahir ayat disebabkan terdapat tanda-tanda tersembunyi yang hanya diketahui oleh ahli tasauf dan penta’wilan itu mempunyai titik persamaan dengan maksud zahir ayat.                                              
Ø  Contoh :
(فلا تجعلوا لله أندادا وأنتم تعلمون) البقرة : 22
Ø  Andada di sini bukan hanya merujuk kepada patung-patung berhala, syaitan atau jiwa sahaja, akan tetapi bermaksud juga nafsu ammarah yang manusia miliki.
(إذا جاء نصر الله والفتح ...) النصر : 1-3
Ø  Ibn Abbas : Tanda hampirnya ajal Rasulullah saw.

SYARAT TAFSIR SUFI / ISYARI

Ø  Tidak bercanggah dengan makna zahir
Ø  Perlu disokong dengan bukti syara’
Ø  Pentakwilan tidak terlalu asing
Ø  Tidak boleh mendakwa pendapatnya shj yang tepat
Ø  Dimulakan dengan tafsir makna zahir dahulu
Ø  Tidak bercanggah dengan syariqt dan aqal

GHARAIB TAFSIR

Ø  Tafsiran yang pelik dan menyeleweng
Ø  Dilakukan oleh kumpulan ajaran sesat
Ø  Hati-hati dengan tafsiran yang bathil, sesat dan menyeleweng.                                                     
Ø  Contoh :
(وقال الله لا تتخذوا إلهين اثنين إنما هو إله واحد فإياي فارهبون) النحل : 51
Ø  Ilahain isnain : Abu Bakar dan Umar, Ilahun wahid : Ali
(حم . عسق) الشورى : 1-2
Ø  Ha : Harbu Mua’wiyah, Mim : Bani Marwan, ‘Ain : Bani ‘Abbasiah, Sin : Sufyaniah, Qaf : Imam Mahdi
Ø  Contoh  lain :
(ولكم في القصاص حياة يا أولي الألباب لعلكم تتقون) البقرة : 179
Ø  Qisas sebagai kisah-kisah dalam al-Quran.
(ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنا به) البقرة : 286
Ø  Sesuatu yang tidak terdaya ialah perasaan asyiknya bercinta.

Rujukan: http://nadiirfan.blogspot.com/2012/02/pembahagian-ilmu-tafsir.html

20130404

DEFINISI USUL TAFSIR TAMBAHAN


Sesungguhnya mempelajari usul tafsir sebelum membaca tafsir sangat di perlukan karna dari ilmu itulah kita mengetahui makki madani,nasikh mansukh,asbab nuzul,yang bisa menjelaskan makna ayat tanpa bertentangan. Pengertian usul tafsir Ilmu tafsir diambil dari lafad fassartu assyaia yang mempunyai makna bayyantuhu atau saya menjelaskan sesuatu.di namakan ilmu tafsir karna menerangkan alquran dan menjelaskannya. 

 Ilmu tafsir mencakup ilmu mengenai seluk beluk alquran,madani makky,nasih mansyukh,asbab nuzul,lafdyah dan ma'ani yang berhubungan dengan hukum dll. Sepatutnya kita mempelajari ilmu ini karna dengan ilmu ini kita bisa memahami alquran yang sebagai 'urwatil wutsqo bagi kita dan untuk memahami alquran bukanlah hal yang gampang tanpa taufiq dari alloh ta'ala sehingga para sahabat yang mana sudah lihai akan kefasihan lugot dan dan terang batinnya mereka bertanya kepada rosululloh apa yang belum mereka pahami.diantaranya sahabat adi bin hatim dalam musykilah alkhoitul abyad wal aswad.kalau para sahabat masih kesulitan memahami alquran apalagi kita! Dengan adanya ilmu usul ini maka memudahkan memahami alquran.

ISRAILIYAT DALAM TAFSIR AL QURAN



Berikut keterangan dalam kitab Ushul fi Tafsir:
Israiliyat adalah berita yang dinukil dari orang Bani Israil, baik yang beragama Yahudi atau Nasrani. Dan umumnya berasal dari masyarakat Yahudi.

20130323

Metodologi Pentafsiran al-Quran: SEJARAH PERKEMBANGAN TAFSIR PADA ZAMAN RASULULLAH SAW, SAHABAT DAN TABIIN

TAFSIR PADA ZAMAN RASULULLAH SAW

Rasululullah saw adalah pengasas kepada tafsir al-Quran kerana berperanan menjelaskan ayat-ayat yang tidak difahami. Firman Allah:

44. dan kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang Telah diturunkan kepada mereka[829] dan supaya mereka memikirkan,
[829] Yakni: perintah-perintah, larangan-larangan, aturan dan lain-lain yang terdapat dalam Al Quran.
 
Firman Allah:
64. Dan kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. Nabi saw telah menerangkan kepada para sahabat baginda makna-makna al-Quran sebagaimana baginda menjelaskan kepada mereka lafaz-lafaznya
 
2.2 TAFSIR PADA ZAMAN SAHABAT
 
Setelah Rasulullah saw wafat, tugas mentafsir al-Quran dipikul oleh sahabat. Mereka merupakan golongan yang paling arif tentang tafsir selepas kewafatan rasul saw tetapi pentafsiran mereka tidak sama. Berikut adalah sepuluh orang sahabat yang terkenal dalam bidang tafsir

(a) Khulafa al-Rasyidun
(b) Ibn Masud
(c) Ibn Abbas
(d) Ubayy bin Kaab
(e) Zaid bin Thabit
(f)Abu Musa al-Asyari
(g) Abdullah bin al-Zubayr
 
Sebab tafsir kurang pada zaman sahabat

(a) Mereka mentafsirkan al-Quran mengikut suasana dan peristiwa
(b) Tahap penguasaan bahasa yang tinggi
(c) Kefahaman aqidah yang mantap
 
Nilai Tafsir Zaman Sahabat

(a)Tafsir sahabat bersumberkan hadith marfu dari rasululllah saw
(b)Apabila tidak di dapati daripada rasulullah saw sahabat akan berijtihad dan bertaraf hadith mauquf yang boleh diterima dan ditolak
(c)Perbezaan pendapat di kalangan sahabat tentang tafsir sangat sedikit berbanding perbezaan dalam soal hokum-hakam. Kebanyakan perselisihan merupakan perbezaan keanekaragaman dan pertikaian yang membawa padah.(Usul al-Tafsir:hal.5)

Contoh:
Firman Allah swt:
6. Tunjukilah[8] kami jalan yang lurus,(Surah al-Fatihah)
 
Terdapat beberapa tafsiran al-Sirat dalam ayat ini

Pandangan pertama: Ia adalah al-Quran atau mengikutinya berdasarkan sabda Rasul saw yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi bahawa ia adalah agama Allah yang kuat, peringatan yang berhikmah dan jalan lurus.

Pandangan kedua:Islam berdasarkan sabda Rasul saw dalam hadith al-Nawas bin Sam’an yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi:

Dan Allah memberi satu perumpamaan: Jalan lurus. Di kiri kanan jalan ada dua pagar. Pada kedua-dua pagar itu ada pintu-pintu terbuka. Pada pintu itu ada garis-garis kosong. Ada seorang penyeru yang menyeru di atas jalan. Dan seorang penyeru yang menyeru di tengah jalan. Maka dikatakan jalan lurus adalah Islam, kedua-dua pagar adalah hudud(batasan-batasan Allah); pintu yang terbuka adalah larangan-larangan Allah; penyeru di tengah jalan adalah kitabullah, penyeru di atas jalan adalah nasihat Allah kepada hati setiap orang mukmin.”

Pandangan ketiga: Jalan lurus adalah Rasulullah saw
Pandangan keempat: Ahli sunnah wal Jamaah
Pandangan kelima: Jalan ubudiyyah(ibadah kepada Allah)
Pandangan keenam: Perkataan orang yang berkata:Taat kepada Allah dan rasul-Nya.

Dan lain-lain yang mana semua pandangan ini adalah tafsiran kepada al-Sirat dan menunjukkan kepada satu nama yang sama dan perbezaan adalah mereka menyifatinya dengan sifat-sifat yang berbeza yang dikandung oleh nama itu.(Usul Tafsir hal.10-11)
 
(d) Tafsir pada zaman sahabat hanya mengulas ayat-ayat secara umum tidak secara terperinci
(e) Para sahabat tidak mengeluarkan sebarang hukum daripada maksud ayat.
(f) Tafsir-tafsir dan huraian mereka terhadap sesuatu ayat tidak ditulis dan dibukukan. Apa yang ditulis hanyalah al-Quran dan al-Hadith sahaja.
(g)Pentafsiran sahabat adalah bergantung kepada asbab al-nuzul(Sebab turun sesuatu ayat)
(g) Periwayatan sahabat daripada ahli kitab

Pandangan pertama: Sahabat sangat jarang menyebut riwayat ahli kitab jika dibandingkan dengan tabiin. Pandangan merupakan pandangan Ibnu Taymiyyah dalam Usul al-Tafsir dan Dr. Nur al-Din Itir professor al-Quran dan al-hadith di Universiti Damsyik.

Menurut Dr.Nur al-Din al-Itr pengaruh ahli kitab bermula pada zaman sahabat. Namun para sahabat tidak berminat untuk mengetahui riwayat-riwayat ahli kitab secara terperinci. Mereka tidak bertanya semua perkara daripada ahli kitab dan mereka tidak menerima kesemuanya berasaskan pesanan nabi saw seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:

لاَ تُصَدِّقُوا أَهْلَ الْكِتَابِ وَلاَ تَكَذَِبُوهم وَقُولُوا آَمَنَّا بالله
”Janganlah kamu benarkan dan kamu dustakan mereka dan katakanlah kami beriman kepada Allah”
Pandangan kedua: Ahli kitab bukan sumber tafsir sahabat.

Pandangan ini merupakan pandangan Profesor Dr. Fadal Hassan Abbas. Menurutnya sumber tafsir di kalangan sahabat: al-Quran, al-Sunnah, bahasa Arab, asbab al-Nuzul dan pemerhatian yang tajam. Ahli kitab tidak menjadi sumber periwayatan sahabat seperti pandangan beberapa pengkaji. Hal ini berpunca dari ketegasan Rasul saw supaya sahabat member perhatian kepada al-Quran. Kenyataan yang menyatakan sahabat meriwayatkan dari ahli kitab dalam tafsir tertolak dengan beberapa dalil:

1) Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, al-Hakim dan al-Baihaqi suatu ketika nabi saw masuk ke masjid dan baginda mendapati mereka sedang berkumpul mendengar ucapan seorang lelaki lantas baginda bertanya: “Apa ini?. Mereka menjawab: Beliau sedang menerangkan tentang keturunan Arab. Baginda bersabda:

“Ini ilmu yang tidak bermanfaat. Sekiranya tidak diketahui tidak memudaratkan. “
Kemudian baginda berkata: Ilmu pada tiga perkara: Ayat yang muhkamat(terang hukumnya), fardu yang dilaksanakan dan sunnah yang diikuti. Sekiranya ilmu berkaitan keturunan pun dikatakan oleh nabi sebagai ilmu yang tidak bermanfaat

2) Semasa Rasul saw melihat Saidina Umar membaca lembaran dari kitab taurat, baginda murka dan berkata:

“ Jangan Tanya sesuatu dari ahlil kitab, sesungguhnya mereka tidak memberi hidayah kepadamu kerana mereka telah sesat, dengan mengambil riwayat dari mereka, anda mungkin mendustakan suatu yang benar atau anda membenarkan sesuatu yang batil. Demi Allah sekiranya Musa bersama kamu maka pasti Musa akan mengikutiku.
 
3) Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Ibn Abbas berkata:

“ Wahai orang-orang Islam! Bagaimana kamu bertanya kepada ahli kitab sedangkan kitab kamu yang diturunkan Allah ke atas nabinya, berita yang terkandung di dalamnya merupakan yang terkini, kamu membacanya dan kamu tidak akan . Dan Allah telah memberitahu kamu bahawa ahli kitab mengubah ayat Allah dengan tangan mereka. Mereka mendakwanya dating dari sisi Allah semata-mata untuk mendapat habuan yang sedikit, apakah pengetahuan ini tidak akan menghalang kamu dari bertanya kepada mereka. Tidak demi Allah kita tidak melihatpun seorang dari mereka bertanya kepada kamu tentang kitab yang diturunkan kepada kamu.’
 
4. Ibn Kathir menyebut dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah bahawa Saidina Umar memberi amaran kepada Kaab bin al-Ahbar menghentikan kisah-kisah ahli kitab dengan katanya:

لَتَتْرُكُنَّ الْحَدِيْثَ الأَوَّل أَو لأَلْحِقَنَّكَ بِأَرْضِ الْقِرَدَةَ
Samaada kamu tinggalkan perbicaraan dahulu atau aku hantarkan kamu ke bumi kera
.
5. Diriwayatkan oleh Imam al-Thirmidhi mengulas berita yang disampaikan oleh Kaab bahawa Allah telah membahagikan kalamnya dan melihat Allah antara nabi Musa dan Muhammad alihima sallam. Aisyah r.anha berkata: “ Telah berdiri bulu rambutku.”
 
Daripada dalil-dalil yang dikemukakan jelas menunjukkan kepada kita bahawa para sahabat ketika mentafsirkan al-Quran mereka kembali kepada sumber-sumber yang telah disebutkan bukannya kepada ahli kitab. Sumber mereka adalah tulen walaupun riwayat yang sampai kepada kita sangat terhad.
 

PENGENALAN TAFSIR

Oleh : Ibnu Qasim
 
Ini adalah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatNya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
( shaad:29)
 
A. Muqaddimah
 
Kita tahu, bahwa tafsir merupakan salah satu jalan untuk memahami kitab yang diturunkan Allah kapada nabi Muhammad SAW yang tercinta. Sangat mustahil seseorang akan paham Alqur’an secara kamil kalau tidak tahu tentang tafsir. Sebelum melangkah lebih dalam tentang tafsir Alqur’an, ada beberapa hal yang harus di pahami terlebih dahulu, diantaranya harus paham dulu apa itu tafsir, Al-qur’an dll. Dengan ini dipaparkan sedikit untuk bisa kita melangkah lebih jauh tentang tafsir Al-qur’an.
 
Awalnya, Al Quran turun secara berangsur-angsur selama lebih dari 22 tahun sebagai intruksi Allah atas Nabi serta ummatnya. Kadang, turunnya Al Quran sebagai reaksi atas sebuah fenomena atau permasalahan riil saat itu. Oleh karena itu, dalam Al Quran banyak di dapati hal-yang berhubungan dengan aktifitas dan keperluan manusia baik didunia apalagi di akhirat.
 
Dan Al Quran merupakan sumber terpenting sebagai rujukan utama ilmu-ilmu bahasa, sastra,dan bahkan melahirkan ilmu sosial dan dasar-dasar administrasi tata Negara[1].
 
B. Defenisi tafsir
 
Tafsir menurut bahasa adalah penjelasan dan penerangan[2], didalam lisanun arab tafsir menurut bahasa adalah penjalasan[3],dengan tujuan menjelasan sesuatu yang kurang paham.
Sedangkan menurut istilah ulama sangat banyak mendefenisikannya diantanya sebagai berikut :
Menurut Abadullah Azzarkasyi dalam kitabnya ulumul qur’an, : tafsir adalah suatu ilmu untuk mengetahui dan memahami kitab Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW dan menjelaskan makna-maknanya dan mengeluarkan hukum-hukum dan hikmahnya, dan cocok dengan ilmu lughah dan ilmu nahwu dan sharaf ilmu bayan dan ushul fiqih dan ilmu qira’at dan asbabunuzul dan nasikh dan mansukh[4].
 
Menurut imam Assayuti,: tafsir adalah suatu ilmu yang menjelaskan makna-makna Alqur’an dan menerangkan secara umum lafaz yang sulit dan selainnya dan bentuk makna yang nyata dan selainnya [5].
 
Menurut Muhammad Abdul ‘azim azzarqni,: tafsir adalah suatu ilmu yang membahas tentang Alqur’anulkarim dari segi dalil-dalilnya terhadap apa yang dimaksud oleh Allah ta’la sesuai dengan kemampuan manusia[6]
 
Dari beberapa definisi diatas dapat kita simpulkan bahwa tafsif adalah suatu ilmu yang mengkaji dan membahas Alqur’an dan mencari hikmah-hikmah yang terkandung dalam Alqur’an.
 
Defenisi takwil
 
Menurut bahasa,Takwiil diambil dari kata al-awala dengan makna kembali [7]
 
Didalam kamus Al-muhit,: awwalul kalam takwiilan dan takwilnya, mendalami, dan meneliti dan menerangkan[8] . didalam lisanul arab,: mengambalikan makna sesuatu[9]. Namun takwil secara istilah yang masyhur dikalangan ulama adalah: sinonim dari tafsir, dengan dalil ayat Allah dalam surat ali imran ayat yang ke tujuh [10]
 
Menurut istilah,berberda pendapat ulama dalam mendefenisikannya diantaranya :
 
Menurut mutaqaddiminn bahwa takwil itu sama defenisinya dengan tafsir.
 
Menurut sebagian ulama bahwa takwil itu lebih khusus dari pada tafsir
 
Takwil menjelasan lafaz alqur’an dengan jalan dirayah sedangkan tafsir menjelaskan lafaz alqur’an dengan jalan riwayat[11]
 
Dengan itu dapat kita simpulkan bahwa takwil tidak jauh berbeda dengan tafsir namun ada sedikit perbedan dalam meneliti ayat alqur’an. InsyaAllah akan dijelaskan secara terperinci terhadap perbedaan antara keduanya.
 
Perbedaan antara tafsir dengan takwil
 
Tentang perbedaan tafsir dan takwil ini banyak pendapat ulama yang perpendat tentang ini, dan dari pendapat ulama itu tidak sama dan bahkan ada yang jauh perbedaan satu sama lain, maka dari itu bisa kita simpulkan sebagai berikut:
 
Tafsir lebih banyak digunakan pada lafaz dan mufradat sedangkan takwil lebih banyak digunakan pada jumlah dan makna-makna.[12]
 
Tafsir apa yang bersangkut paut dengan riwayah sedangkan takwil apa-apa yang bersangkut paut dengan dirayah
 
Tafsir menjelaskan secara detail sedangkan takwil hanya menjelaskan secara global tentang apa yang dimaksud dengan ayat itu.
 
Takwil dianya menjabarkar kalimat-kalimat dan menjelaskan maknanya sedangkan tafsir menjelaskan dengan sunnah dan menyampaikan pendapat para sahabat dan para ulama dalam penfsiran itu
 
Tafsir menjelaskan lafaz yang zahir, adakalanya secara hakiki dan adalakanya secara majazi sedangakan takwil menjelaskan lafaz secara batin atau yang tersembunyi yang diambil dari khabar orang-orang yang sholeh. [13]
 
Defenisi Alqur’an
 
Alqur’an menurut bahasa berasal dari masdar dari fiil qa ra a yang artinya membaca, sesuai dengan firman allah surat alqiyamah ayat 17,18.[14]. dan juga masdar dengan makna bacaan[15].
 
Alqur’an menurut istilah, ada beberapa pendapat ulama, diantaranya. Alqur’anul karim adalah kalam Allah ta’ala yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW beribadah membacanya yang sampai kepada kita dengan mutawatir yang diliputi dengan surat darinya.[16].
 
Menurut ahli ushul dan ahli fikih. Alqur’an adalah kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW sebagai mu’jizat lafaznya, dan beribadah membacanya yang disampaikan dengan mutawatir, tertulis di mushaf dari awal surat alfatihah sampai akhir surat annas. [17]
 
Dari defenisi diatas dapat disimpulkan bahwa alqur’an adalah benar-benar perkataan Allah SWT yang telah diwahyukan kepada nabi kita yang mulia yaitu nabi Muhammad SAW, sebagai mu’jizat dari Allah SWT. dan siapa saja membacanya dengan ikhlas pasti akan deberi ganjaran dan pahala dari Allah SWT.
 
Dengan itu menurut Dr. M. Quraish Shihab, M.A.Al-Quran yang secara harfiah berarti “bacaan sempurna “merupakan suatu nama pilihan Allah yang sungguh tepat, karena tiada satu bacaanpun sejak manusia mengenal tulis baca lima ribu tahun yang lalu yang dapat menandingi Al-Quran Al-Karim, bacaan sempurna lagi mulia itu.[18]
 
C. Munculnya Tafsir dan ilmunya
 
Sebenarnya tafsir sudah muncul semenjak dari mulainya turun Alqur’an, sebab mana ayat yang ridak dipahami oleh parasahat, itu langsung ditanyakan pada nabi SAW, seperti, ketika turun surat Al-an’am ayat 82.
 
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.

QS. al-An’am (6) : 82
sahabat lansung bertanya kepada rasul Saw. Ya rasulallah siapakah diantara kita yang tidak menzalimi dirinya? Rasul langsung menjawab dengan ayat Allah juga dalam surat luqman ayat 13,
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.

QS. Luqman (31) : 13
yang dimakasud dengan zalim itu adalah syirik.[19]
 
Tafsir merupaka jalan penjelas bagi kita untuk memahami Alqu’an. Namun yang menjadi pertanyaan bagi kita mulai kapankah muncul para ahli tafsir, insyallah akan dijelas dengan terang.
 
1 Dari kalangan shababat. Imam Assayut telah menuliskan dalam itqaannya, para ahli tafsir yang masyhur dikalangan sahabat adalah khulafah arrasyidiin, dan Ibnu Mas’ud, dan Ibnu Abbas , Ubai bin Ka’ab,Zaid bin Sabit, Abu musa al asy’ari, Abdullah bin zubair. Adapun dari khulafah urrasyidiin yang terbanyak meriwayatkan ialah ali bin abi talib, akan tetapi Abu bakar dan Umar dan Usman bin affan sedikit sekali meriwayatkan disebabkan cepatnya wafat semoga Allah meredhoi mereka.[20]
Ketika ibnu umar ditanya oleh seorang laki-laki tentang tafsir surat Al-ambiyak ayat 30. ketika itu Ibnu umar langsung menyuruh laki-laki itu menemui Ibnu Abbas untuk menjelaskan apa yang dimaksud ayat tersebut. Ini salah bukti bahwa tafsir sangat dibutuhkan dikalangan umat islam.
Menurut imam Azzarkasyi, Ibnu Abbas merupakan yang ahli tentang tafsir dan takwiil maka dari itu dia dinamakan dengan bahrul ulum. Dan Ibnu Masu’ud tentang tarjuman[21]
 
2.Dari kalangan tabi’in, yang masyhur dimakah murid dari Ibnu Abbas : Si’id bin jubair,Mujahid, Ikrimah, Maula ibnu Abbas, Thaus bin kisan Alyamaniy, Athaak bin abi rabah. Dan yang masyhur di madinah murid dari Ubay bin Ka’ab: Zaid bin Aslam Abul ‘aliyah, Muhammad bin Ka’ab alqurzy. Dan yang masyhur di iraq murid dari Abdullah bin mas’ud: ‘Alqamah bin Qais,Masruq,Alaswad bin yazid,’Aamir Asyi’bi, Hasan albasri,Qitadah bin da’amah assudusy.[22]
 
Berkata Ibnu Taimiyah: manusia yang paling tahu tentang tafsir penduduk makkah karena mereka berguru kepada ibnu Abbas, seperti Mujahid, Attak. Sebagaimana detulis diatas. Dan seperti itu juga penduduk kufah dari murid Abadullah bin Mas’ud dan dari demikian di istewaakan atas selain mereka. Dan ulama penduduk madinah yang ahli tentang tafsir, seperti Zaid bin Aslam yang mengambil darinya maalik tafsir, dan mengambil juga anaknya Abdurrahman dan Abdullah bin wahab[23]
 
Para sahabat dan tabiin sangat tinggi keinginnan untuk mengethui tentang tafsir maka banyak dikalangan mereka yang tahu tentang tafsir alqur’an sebagaimana yang telah ditulis sebahagian mereka diatas.
 
Setelah itu dilanjutkan oleh para mufassir yang kita kenal sekarang namun tafsir yang ditulis para ulama baik yang telah wafat ataupun yang masih hidup sekarang, akan dipengaruhi penafsirannya oleh akidah dan mazhab yang dimiliki oleh ulama itu. Seperti Tafsir Jami’ Ahkam oleh Qurtubi yang berbentuk permasalahan fikih atau fahaman yang dimasukkan dalam penafsiran Al-Quran.
 
 Dan ada juga ahli tafsir yang menafsirkan Alqur’an dengan ilmu-ilmu yang lain, seperti falsafah dan mantik, riayadah,menurut perspektif akal dan logika seperti tafsir Fakhrul Din Ar-Razi yang berbentuk falsafah, tafsir Al-Alusi “ Ruh Al-Ma’ani Fi Tafsir Quranil Azim Wa’ Sab’ul Masani” , Tafsir Al-Baidhawi “ Anwar At-Tanzil Wa’ Asrar Ta’wil” dan Tafsir Jalalain.
 
Terdapat juga tafsir–tafsir lain seperti Tafsir ibn Katsir “ Tafsir Al-Quran Azim”, Tafsir Al-Baghawi “ Ma’alim At-Tanzil” serta tafsir Syaukani “ Fathul Qadir” yang menafsikan Alqur’an berdasarkan riwayat para sahabat, tabien, dan tabi’ tabien.
 
D. Pembagian tafsir
 
Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra bahawa “ Tafsir itu terbahagi kepada 4 bagian, yaitu perkara yang dapat diketahui oleh orang arab akan maknanya, tafsir dan perkara yang tidak ada keuzuran bagi sesiapa pun untuk mengetahuinya lantaran terlalu jelas dan tafsir yang hanya diketahui oleh para ulama’ serta tafsir dan perkara yang hanya diketahui oleh Allah swt.” [24]
 
Kebanyakan ulama membagi tafsir kepada tiga. Sebagaimana dikatakan oleh Azzarqani dalam kitabnya.
 
1. Tafsir bil makstur adalah tafsir dengan riwayat
2. Tafsir bil rakyi adalah tafsir dengan dirayah dan pendapat
3. Tafsir Isyari adalah tafsir dengan isyarat[25]
 
Akan tetapi ada tiga bagian tafsir yang termasyhur di kalangan banyak orang yaitu.
 
1. Tafsir tahlili adalah menafsirkan ayat kalimat demi kalimat dan dilengkapi dengan i’rab.
2. Tafsir maudhu’i adalah menafsirkan ayat sesuai dengan maudu’ yang ada dalam Alqur’an seperti sabar, jihad dll.
3. Tafsir ayatul ahkam adalah mennafsirkan ayat yang disana ada hukum fiqih seperti tetnang ayat talak.[26]
 
E. SYARAT DAN ADAB PENAFSIR AL-QUR’AN
 
Untuk bisa menafsirkan al-Qur’an, seseorang harus memenuhi beberapa kreteria diantaranya:
 
1)- Beraqidah shahihah, karena aqidah sangat pengaruh dalam menafsirkan al-Qur’an.
 
2)- Tidak dengan hawa nafsu semata, Karena dengan hawa nafsu seseorang akan memenangkan pendapatnya sendiri tanpa melilhat dalil yang ada. Bahkan terkadang mengalihkan suatu ayat hanya untuk memenangkan pendapat atau madzhabnya.
 
3)- Mengikuti urut-urutan dalam menafsirkan al-Qur’an seperti penafsiran dengan al-Qur’an, kemudian as-sunnah, perkataan para sahabat dan perkataan para tabi’in.
 
4)- Faham bahasa arab dan perangkat-perangkatnya, karena al-Qur’an turun dengan bahasa arab. Mujahid berkata; “Tidak boleh seorangpun yang beriman kepada Allah dan hari akhir, berbicara tentang Kitabullah (al-Qur’an) jikalau tidak menguasai bahasa arab“.
 
5)- memiliki pemahaman yang mendalam agar bisa mentaujih (mengarahkan) suatu makna atau mengistimbat suatu hukum sesuai dengan nusus syari’ah,
 
6)- Faham dengan pokok-pokok ilmu yang ada hubungannya dengan al-Qur’an seperti ilmu nahwu (grammer), al-Isytiqoq (pecahan atau perubahan dari suatu kata ke kata yang lainnya), al-ma’ani, al-bayan, al-badi’, ilmu qiroat (macam-macam bacaan dalam al-Qur’an), aqidah shaihah, ushul fiqh, asbabunnuzul, kisah-kisah dalam islam, mengetahui nasikh wal mansukh, fiqh, hadits, dan lainnya yang dibutuhkan dalam menafsirkan.
 
Adapun adab yang harus dimiliki seorang mufassir adalah, diantaranya :
 
1. Niatnya harus bagus, hanya untuk mencari keridloan Allah semata. Karena seluruh amalan tergantung dari niatannya (lihat hadist Umar bin Khottob tentang niat yang diriwayatkan oleh bukhori dan muslim diawal kitabnya dan dinukil oleh Imam Nawawy dalam buku Arba’in nya).

   2. Berakhlak mulia, agar ilmunya bermanfaat dan dapat dicontoh oleh orang lain

   3. Mengamalkan ilmunya, karena dengan merealisasikan apa yang dimilikinya akan mendapatkan penerimaan yang lebih baik.

   4. Hati-hati dalam menukil sesuatu, tidak menulis atau berbicara kecuali setelah menelitinya terlebih dahulu kebenarannya.

   5. Berani dalam menyuarakan kebenaran dimana dan kapanpun dia berada.

   6. Tenang dan tidak tergesa-gesa terhadap sesuatu. Baik dalam penulisan maupun dalam penyampaian. Dengan menggunakan metode yang sistematis dalam menafsirkan suatu ayat. Memulai dari asbabunnuzul, makna kalimat, menerangkan susunan kata dengan melihat dari sudut balagho, kemudian menerangkan maksud ayat secara global dan diakhiri dengan mengistimbat hukum atau faedah yang ada pada ayat tersebut.[27]
 
F. Penutup.
 
Inilah, yang bisa penulis kemukakan pada tulisan yang sangat sederhana ini. Penulis yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini akan tetapi alangkah bagusnya kita saling mencari yang lebih baik dan belajar dari kesalahan.
 
Harapan penulis kepada yang membaca makalah ini, semoga pembaca meniatkan semua kegiatannya ikhlas karena Allah SWT supaya mendapat pahala dalam mencari ilmu agama ini. Penulis mohon do’a kepada pembaca semua, semoga selalu bertambah ilmu setiap harinya dan lancar dalam segala urusan serta dapat apa yang dicita-citakan. Amien!!
 
Akhirnya, dangan segala kekurangan dan kesalahan penulis mintak maaf. Semua yang benar itu datang dari Allah dan yang salah itu datang dari syetan.
 
“Dan siapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit (resah gelisah dan tidak tenteram jiwanya) dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta (meraba-raba dalam kesesatan seperti keadaannya di dunia).” (Surah Thaha, ayat 124)
 
[1] Muhammad Arkoun, Al Quran Min al Tafsir Al Maurust Ila Tahlil Al Khithob Al Dini Terjemah Hasyim Sholih, Cet Dar Al Tholiah Beirut, Tanpa tahun penerbit. Hal:14
[2] Kamus almuhit jilid 2 halaman 114
[3] Lisanun arab jilid5 halaman 55
[4] Burhan fi ulumul qur’an jilid 1 hal 13
[5] Al-itqaan fi ulumulqur’an jilid 2 hal 173
[6] Manahilul ‘irfan fiulumulqur’an 2 hal 5
[7] Tafsir wal mufassiruun jilid 1 hal 19
[8] Kamus almuhit jilid 3 hal 341
[9] Lisanaul arab jilid 11 hal 32
[10] Al-aqdu stamiin fi manahij mufassiriin hal 5
[11] Manahilul ‘irfan fiulumulqur’an 2 hal 6,7 dan Al-itqaan fi ulumulqur’an jilid 2 hal 173
[12] Manna’ul qattan mabahisul ulumul qur’an hal 327
[13] Tafsir wal mufassiruun jilid 1 hal 23
[14] Attibyan fi ulumul qur’an hal 42
[15] Hidayaturrahman fi ulumul qur’an hal 12
[16] Attibyan fi ulumul qur’an hal 43
[17] Manna’ul qattan mabahisul ulumul qur’an hal 21
[18] Studi Kritis Pemahaman Islam, (www.webtwin.com)
[19] Manna’ul qattan mabahisul ulumul qur’an hal 9
[20] Al-itqaan fi ulumulqur’an jilid 2 hal 187
[21] Burhan fi ulumul qur’an jilid 1 hal 9
[22] Manna’ul qattan mabahisul ulumul qur’an hal 11.
[23] Muqaddimah usuluttafsir oleh ibnu taimiyah syarah syekh husaimin hal 45,46.
[24] Burhan fi ulumul qur’an jilid 2 hal 45, Al-‘aqdu astamin fi manahijil mufassirin hal.45
[25] Manahilul ‘irfan fiulumulqur’an jilid 1 hal 479.
[26] Ma’a huda Alqur’an, hal 3.
[27] Manna’ul qattan mabahisul ulumul qur’an hal 329.dan Al-‘aqdu astamin fi manahijil mufassirin hal.145

PENGENALAN USUL TAFSIR


Ilmu tafsir merupakan antara ilmu terpenting dalam ilmu-ilmu Islam. Hal ini disebabkan oleh tugasnya yang berat untuk memperjelaskan ayat-ayat al-Quran seperti mana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Justeru, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ilmu tafsir adalah semulia-mulia ilmu berdasarkan tugasnya itu.

Oleh yang demikian, golongan yang melaksanakan tugas ini bukanlah golongan yang sebarangan, bahkan mereka mempunyai kemampuan dan persediaan yang benar-benar mantap. Pelbagai bentuk tafsiran telah berjaya dikeluarkan oleh golongan ini berdasarkan kemampuan dan kecenderungan mereka untuk mempersembahkan tafsiran yang dibuat, juga mengikut kesesuaian zaman mereka berada.


Deflnisi Ilmu Tafsir

Terdapat pelbagai definisi yang telah dibuat oleh ulama' Islam untuk mentakrifkan ilmu tafsir. Begitu juga perbincangan berkaitan perkataan tafsir dan takwil[1]. Namun, definisi yang paling baik untuk mentakrifkan ilmu tafsir pada pandangan penulis ialah: "Satu ilmu yang membahaskan tentang Hal ehwal al-Quran, dari aspek ia menunjukkan maksud kehendak Allah s.w.t., sekadar kemampuan manusia"


Untuk memperjelaskan lagi definisi ini, penulis membawakan pendapat as-Sayyid as-Syarif Ali bin Muhammad al-Jurjani. Beliau telah mendefinisikan ilmu tafsir sebagai :

"Ilmu yang membicarakan tentang hal ehwal kalam Allah dari aspek ia menunjukkan apa yang dikehendaki oleh Allah daripada kalam-Nya. la terbahagi kepada tafsir, iaitu perkara yang tidak dapat diketahui melainkan dengan an-Naql seperti asbabu al-nuzul dan kisah-kisah. Dengan erti kata yang lain, yang berkaitan dengan riwayat. Begitu juga ia terbahagi kepada takwil, iaitu perkara yang mampu diketahui melalui kaedah-kaedah bahasa Arab. Dengan erti kata lain, yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Maka, adalah salah jika seseorang individu membicarakan tentang tafsir tanpa ada naql dan takwil sekadar dengan hawa nafsu, walaupun tepat (tafsiran yang dibuat)."


Daripada definisi dan penerangan di atas, dapat difahami bahawa ada dua komponen penting dalam ilmu tafsir, iaitu tafsir dan takwil. Definisi-definisi yang lain, dirasakan tidak begitu sesuai. Ini dlsebabkan ada definisi yang diisi dengan perbahasan-,perbahasan dalam ilmu tafsir, sehingga menyebabkan definisi menjadi terlalu panjang.


Syarat-Syarat Ahli Tafsir

Para ulama telah menetapkan beberapa pra-syarat untuk ahli tafsir. Hal ini penting untuk memastikan tafsiran yang bakal dibuat benar-benar menepati syarak dan tidak ada pihak sewenang-wenangnya menafsirkan ayat al-Quran membabi buta. Secara amnya, terdapat sembilan syarat, iaitu[4]:



1. Akidah yang luhur dan betul

2. Menghindarkan diri daripada hawa nafsu

3. Menafsirkan al-Quran dengan al-Quran terlebih dahulu

4. Disusuli menafsirkan al-Quran dengan al-Sunnah

5. Menafsirkan dengan kata-kata para sahabat sekiranya tidak didapati dalam al-Quran mahupun al-Sunnah

6. Akhir sekali sekiranya tidak ada di dalam ketiga-tiga peringkat ini bolehlah ditafsir dengan kata-kata tabi'in

7. Penguasaan dalam bahasa Arab serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya

8. Penguasaan ilmu-ilmu asas yang berkaitan dengan al-Quran, seperti ilmu Qiraat, Tauhid, Usul Feqh dan Usul Tafsir

9. Kefahaman yang mendalam dan jitu yang memungkinkan ahli tafsir memilih tafsiran yang paling tepat.



Jenis-Jenis Tafsir

Terdapat pelbagai jenis tafsir berdasarkan dua aspek pembahagian iaitu :


a. Pembahagian tafsir dari aspek susunannya terbahagi kepada dua iaitu :


1. Tafsir Tahlili

la adalah tafsiran al-Quran bersifat analisis. Ayat-ayat disusun berdasarkan susunan yang terdapat dalam al-Quran (tartib mushafi)[5]. Seterusnya perkataan-perkataan ditafsirkan, ayat-ayat dikaitkan di antara satu sama lain, dan makna ayat diterangkan. Ini merupakan bentuk lama tafsir yang diketahui umum[6].



2. Tafsir Maudhu'i


Tafsiran dibuat berdasarkan tajuk-tajuk tertentu yang terdapat dalam al-Quran, atau yang berkaitan dengannya. Menurut Dr. 'Iffat as-Syarqawi, tafsir Maudhu'i ialah : "mengumpulkan sekumpulan ayat-ayat al-Quran yang membahaskan satu topik perbincangan pada satu tempat, kemudian ditafsirkan"[7] .



Ada yang berpendapat bahawa tafsiran yang tidak mengikut kaedah-kaedah tafsir yang terdapat dalam ilmu Usul Tafsir, termasuk dalam kategori tafsir maudhu'i, walaupun tafsiran dibuat mengikut susunan mushaf[8].



b. Pembahagian tafsir dari aspek sumber pula terbahagi kepada tiga iaitu :

1. Tafsir bi al-Ma'thur[9]

la adalah tafsiran ayat al-Quran dengan ayat yang lain. Termasuk dalam kategori ini ialah qiraat yang mentafsirkan qiraat yang lain.


Begitu juga tafsir yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat baginda. Di samping itu, ulama' juga memasukkan tafsiran yang dibuat oleh tabi'in dalam kategori ini.


2. Tafsir bi al-Ra'y[10]

la adalah tafsiran al-Quran dengan ijtihad selepas mengetahui selok belok bahasa Arab dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Begitu juga mengetahui ilmu asbab an-nuzul, nasikh, mansukh serta ilmu-ilmu lain yang perlu diketahui oleh ahli tafsir.


3. Tafsir Isyari[11]

la adalah pentakwilan ayat-ayat al-Quran yang tidak bertepatan dengan zahir ayat tersebut, berdasarkan isyarat-isyarat seni (ilham) yang boleh diketahui oleh ahli-ahli suluk. Walau bagaimanapun, ia boleh dikaitkan dengan kehendak zahir ayat.


Sebagai contoh: Imam Tustari telah menafsirkan ayat ( فَلا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَاداً )[12] dengan katanya : "iaitu (makna sekutu) lawan. Maka lawan yang paling besar ialah nafsu ammarah yang menyuruh kepada kejahatan" . Ayat tersebut pada zahirnya melarang manusia mensyirikkan Allah, sama ada dengan menyembah berhala, syaitan atau lain-lain yang disembah oleh manusia. Sungguhpun begitu, tafsiran tersebut boleh dikaitkan dengan zahir ayat. Hal ini disebabkan oleh hakikat sesuatu itu adalah ia berlawanan dengan sekutunya yang lain, seperti hal nafsu ammarah yang menyuruh manusia untuk melaksanakan tuntutan-tuntutannya dan menyekat mereka daripada menjaga hak-hak Allah. Begitulah juga halnya dengan berhala yang disembah oleh manusia sehingga mereka tidak melaksanakan perintah Allah dan menjaga hak-hak-Nya. Di samping itu, ada ayat lain yang menyokong tafsiran ini, iaitu (اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَاباً مِنْ دُونِ اللَّهِ )[13]. Ayat ini menyebut bahawa orang-orang kristian menyembah ulama-ulama dan rahib-rahib mereka. Namun, pada zahirnya mereka tidak berbuat demikian. Cuma, mereka mengikut segala perintah-perintah ahli-ahli agama tersebut dengan menghalalkan yang haram dan sebaliknya. Mereka lupa bahawa Allah sahajalah yang berhak untuk berbuat demikian.


Berdasarkan jenis-jenis ini, pelbagai kitab tafsir telah berjaya dihasilkan oleh ramai ahli tafsir dan menjadi rujukan sehingga ke hari ini. Adalah penting untuk mengetahui kitab-kitab yang terdapat dalam jenis-jenis tafsir tersebut. Hal ini kerana ia dapat memudahkan pembaca untuk sampai kepada maklumat yang ingin diperolehi daripada kitab-kitab tersebut.


Kesimpulannya, ilmu tafsir adalah antara ilmu terpenting di kalangan ilmu-ilmu Islam kerana dengannya umat Islam mampu memahami kandungan al-Quran yang membolehkan mereka bahagia di dunia dan akhirat. Pelbagai bentuk dan jenis tafsiran telah dihasilkan oleh ulama Islam. Sungguh pun begitu, adalah tidak mudah untuk menafsirkan ayat al-Quran kerana ia perlu kepada pelbagai persediaan seperti yang telah ditetapkan oleh para ulama.


 

Rujukan:

[1] Lihat: Dr.Muhammad Husain al-Zahbi. al-Tafsir wa al-Mufassirun, Maktabah Wahbah, Kaherah, 1995, jil.1, ms.17.

[2] Lihat: al-Sayuti, al-ltqanfi 'Ulumi al-Quran, Dar Ibn al-Kathir, Beirut, 2000, jil.2, ms.1189; Dr.Muhammad Husain al-Zahbi, Op.Cit., jil.1, ms.17.

[3] Lihat: Prof. Dr. Ali Ahmad Salus, Ma'a al-Syiah al-lthnai 'Asyairah, Dar al-Taqwa, Mesir. 1997, jil.2, ms.11.

[4] Manna' al-Qattan, Mabahith fi 'Ulum al-Quran, Muassasah al-Risalah, Beirut, 1998, ms. 329.

[5] Lihat: Prof. Dr. Syukri Shafiq Mustafa al-Akhdar, Fuyudat al-Mun'im al-Wahhab fi al-Tafsir al-Maudhu'i, Dar Abu al-Fadh, Mahallah Kubra, 2000, juz.2, ms.14.

[6] Lihat: Dr.' Iffat al-Syarqawi, Fi Mazahibial-Tafsir al-Islami, Dar al-Firdaus li al-Tiba'ah, Kaherah, 1999, ms.59.

[7] Ibid., ms.57.

[8] Temubual dengan Prof. Dr. Muhammad al-Sayyid Radhi Jibril di Tanta pada Februari 2001.

[9] Lihat: Syeikh Khalid Abdul Rahman al-'Ak, Usul al-Tafsir wa Qawa'iduhu, Dar al-Nafais, Beirut, 1986, ms.111.

[10] Lihat: Prof. Madya Dr. Solahuddin Yusuf Shalabi, Muhadharat fi Manahij al-Mufassirin, 1998, ms.142

[11] Lihat: Dr.Muhammad Husain al-Zahbi, Op. Cit., jil.2, ms.381.

[12] Surah al-Baqarah: 22.

[13] Surah al-Taubah: 31.

SEJARAH TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA

Secara etimologi, tafsir boleh bererti: الايضاح والبيان (penjelasan), الكشف (pengungkapan) dan المشكل كشف المراد عن اللفظ (menjabarkan kata yang samar ). [1] Adapun secara terminologi (istilah) tafsir adalah penjelasan terhadap Kalamullah atau menjelaskan lafadz-lafadz Al-Quran dan pemahamannya. [2] Ilmu tafsir merupakan ilmu yang paling mulia dan paling tinggi kedudukannya, kerana pembahasannya berkaitan dengan Kalamullah yang merupakan petunjuk dan pembeza dari yang haq dan bathil.
 
Ilmu tafsir telah dikenali sejak zaman Rasulullah dan berkembang hingga ke zaman moden sekarang ini. Adapun perkembangan ilmu tafsir dibahagi menjadi empat zaman iaitu : Pertama: Tafsir Pada Zaman Nabi. Al-Quran diturunkan dengan bahasa Arab sehingga majoriti orang Arab mengerti makna dari ayat-ayat al-Quran. Sehingga banyak di antara mereka yang masuk Islam setelah mendengar bacaan al-Quran dan mengetahui kebenarannya. Akan tetapi tidak semua sahabat mengetahui makna yang terkandung dalam al-Quran, antara satu dengan yang lainnya sangat variatif dalam memahami isi dan kandungan al-Quran.
 
Sebagai orang yang paling mengetahui makna al-Quran, Rasulullah selalu memberikan penjelasan kepada sahabatnya, sebagaimana firman Allah, "keterangan-keterangan (mu’jizat) dan kitab-kitab. Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka supaya mereka memikirkan." (QS. 16:44). Contohnya hadits yang diriwayatkan oleh Muslim dari Uqbah bin Amir berkata : "Saya mendengar Rasulullah berkhutbah di atas mimbar membaca firman Allah : وأعدوا لهم ما استطعتم من قوة ("Persiapkanlah apa saja yang kalian sanggupi dari kekuatan"), kemudian Rasulullah bersabda : ألا إن القوة الرمي ("Ketahuilah bahawa kekuatan itu pada memanah").
 
Juga hadits Anas yang diriwayatkan Bukhori dan Muslim, Rasulullah bersabda tentang "Al-Kautsar adalah sungai yang Allah janjikan kepadaku (nanti) di syurga". Tafsir Pada Zaman Sahabat Adapun kaedah sahabat dalam menafsirkan al-Quran adalah : (1) Menafsirkan Al-Quran dengan Al-Quran. (2) Menafsirkan Al-Quran dengan sunnah Rasulullah. (3) atau dengan kemampuan bahasa, adat apa yang mereka dengar dari Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) yang masuk Islam dan telah bagus keislamannya.
 
Diantara tokoh mufassir pada masa ini adalah: Khulafaur Rasyidin (Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali), Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Mas'ud, Ubay bin Ka'ab, Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Zubair dan Aisyah. Namun yang paling banyak menafsirkan dari mereka adalah Ali bin Abi Thalib, Abdullah bin Mas'ud dan Abdullah bin Abbas yang mendapatkan doa dari Rasulullah. Penafsiran sahabat yang didapatkan dari Rasulullah kedudukannya sama dengan Hadist Marfu'. [3] Atau paling kurang adalah Mauquf. [4] Tafsir Pada Zaman Tabi'in Kaedah penafsiran yang digunakan pada masa ini tidak jauh berbeza dengan masa sahabat, kerana para tabi'in mengambil tafsir dari mereka.
 
Dalam zaman ini muncul beberapa madrasah untuk kajian ilmu tafsir di antaranya: (1) Madrasah Makkah atau Madrasah Ibnu Abbas yang melahirkan mufassir terkenal seperti Mujahid bin Jubair, Said bin Jubair, Ikrimah Maula ibnu Abbas, Towus Al-Yamany dan 'Atho' bin Abi Robah. (2) Madrasah Madinah atau Madrasah Ubay bin Ka'ab, yang menghasilkan pakar tafsir seperti Zaid bin Aslam, Abul 'Aliyah dan Muhammad bin Ka'ab Al-Qurodli (3) Madrasah Iraq atau Madrasah Ibnu Mas'ud, diantara murid-muridnya yang terkenal adalah Al-Qomah bin Qois, Hasan Al-Basry dan Qotadah bin Di'amah As-Sadusy.
 
Tafsir yang disepakati oleh para tabi'in boleh menjadi hujjah, sebaliknya bila terjadi perbezaan di antara mereka maka satu pendapat tidak boleh dijadikan dalil atas pendapat yang lainnya. [5] Tafsir Pada Masa Pembukuan Pembukuan tafsir dilakukan dalam lima zaman iaitu : (1) Pada zaman Bani Muawiyyah dan permulaan zaman Abbasiyah yang masih memasukkan ke dalam sub bahagian dari hadits yang telah dibukukan sebelumnya. (2) Pemisahan tafsir dari hadits dan dibukukan secara terpisah menjadi satu buku tersendiri.
 
Dengan meletakkan setiap penafsiran ayat di bawah ayat tersebut, seperti yang dilakukan oleh Ibnu Jarir At-Thobary, Abu Bakar An-Naisabury, Ibnu Abi Hatim dan Hakim dalam tafsirannya, dengan mencantumkan sanad masing-masing penafsiran sampai ke Rasulullah, sahabat dan para tabi'in. (3) Membukukan tafsir dengan meringkas sanadnya dan menukil pendapat para ulama tanpa menyebutkan orangnya. Hal ini menyulitkan dalam membezakan antara sanad yang shahih dan yang dhaif yang menyebabkan para mufassir berikutnya mengambil tafsir ini tanpa melihat kebenaran atau kesalahan dari tafsir tersebut.
 
Sampai terjadi ketika mentafsirkan ayat غير المغضوب عليهم ولاالضالين ada sepuluh pendapat, padahal para ulama tafsir sepakat bahawa maksud dari ayat tersebut adalah orang-orang Yahudi dan Nasrani. (4) Pembukuan tafsir banyak diwarnai dengan buku-buku terjemahan dari luar Islam. Sehingga kaedah penafsiran bil aqly (dengan akal) lebih dominan dibandingkan dengan kaedah bin naqly (dengan periwayatan). Pada zaman ini juga terjadi spesialisasi tafsir menurut bidang keilmuan para mufassir. Pakar fiqih menafsirkan ayat Al-Quran dari segi hukum seperti Al-Qurtuby.
 
 Pakar sejarah melihatnya dari sudut sejarah seperti ats-Tsa'laby dan Al-Khozin dan seterusnya. (5) Tafsir maudhu'i iaitu membukukan tafsir menurut suatu pembahasan tertentu sesuai disiplin bidang keilmuan seperti yang ditulis oleh Ibnul Qoyyim dalam bukunya At-Tibyan fi Aqsamil Al-Quran, Abu Ja'far An-Nukhas dengan Nasikh wal Mansukh, Al-Wahidi Dengan Asbabun Nuzul dan Al-Jashshosh dengan Ahkamul Quran-nya.
 
[1] Adz-Dzahabi, at-Tafsir wa al-Mufassirun 1/13, Manna al-Qattan, Mabaahits fi Ulumi al-Quran hal : 323. [2] Abdul Hamid al-Bilaly, al-Mukhtashar al-Mashun min Kitab al-Tafsir wa al-Mufashirun, (Kuwait: Daar al-Dakwah, 1405) hal. 8 [3] Marfu' adalah perkataaan atau perbuatan yang disandarkan kepada Nabi Muhammad. [4] Mauquf adalah perkataan atau perbuatan yang disandarkan kepada para sahabat. [5] Majmu' fatawa syaikhul Islam Ibnu Taimiyah 13/370 dan buku mabahits fi ulumul al-Quran oleh Manna al-Qotton hal ; 340-342